About Me

Hanya jemaah terima vaksin dipilih solat sunat Aidiladha


JOHOR BAHRU – Seramai 50 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn di sini.

Sebelum dibenarkan memasuki kawasan masjid untuk menunaikan solat, pihak jawatankuasa masjid bersama polis bantuan dan pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan kepada para jemaah di hadapan pintu utama seawal pukul 7.30 pagi.

Imam I masjid Abdullah Embong berkata, hanya jemaah yang mendaftar dan telah mendapat suntikan dos pertama dan kedua sahaja dipilih untuk solat Aidiladha.

“Kita faham dengan situasi pendamik Covid-19, hanya jemaah yang tinggal berdekatan Bandar Dato’ Onn antaranya Taman Adda Height, Taman Daya dan Taman Seri Austin yang daftar awal diberi keutamaan dengan syarat telah mendapat suntikan dos pertama atau kedua.

“Jadi setiap taman atau perjiranan kita ambil empat orang,”katanya kepada pemberita selepas selesai menunaikan solat.

Menurutnya, setiap jemaah yang hadir perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu sentiasa mengenakan pelitup sepanjang berada di masjid, diwajibkan membawa sejadah sendiri dan digalakkan mengambil wuduk di rumah.

 -K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!