About Me

Hampir lemas ketika menyelamatkan diri


Kota Kinabalu: Tiga kanak-kanak yang menyelamatkan diri bersama nenek dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru, di sini, hari ini, hampir lemas selepas perahu dinaiki terbalik.

Dalam kejadian 7 pagi itu, mangsa berusia satu hingga lima tahun berjaya diselamatkan penduduk kampung yang menyedari kejadian.

Ibu kepada salah seorang mangsa, Siti Fatimah Yusuf, 27, berkata, ketika kejadian, keadaan sangat kelam-kabut selepas api semakin marak dan merebak ke rumah berhampiran.

Katanya, penduduk yang panik cuba menyelamatkan diri termasuk menaiki perahu untuk keluar dari kawasan kebakaran.

"Ketika itu, saya berada di perahu lain manakala anak perempuan saya berusia dua tahun bersama dua sepupunya serta nenek mereka berada di perahu lain.

"Bagaimanapun, perahu dinaiki mereka tiba-tiba terbalik dan terus karam. Saya lihat anak saya terkapai-kapai meminta tolong sebelum diselamatkan penduduk," katanya ketika ditemui di balai raya kampung berkenaan, hari ini.

Menurutnya, dia bersyukur kerana kejadian itu disedari penduduk kampung yang terus terjun menyelamatkan anaknya.

Ibu kepada dua lagi kanak-kanak, Norshila Muni, 28, berkata, dia menyedari dua anaknya hampir lemas selepas perahu dinaiki mereka terbalik dan karam.

"Saya tidak tahu bagaimana perahu mereka terbalik walaupun ketika itu perahu kami tidak jauh dari mereka.

"Mujur ada penduduk kampung segera bertindak menyelamatkan anak saya yang ketika itu kelihatan sudah seperti lemas," katanya.

Sementara itu, nenek kepada tiga kanak-kanak berkenaan, Kartinah Usman, 40-an berkata, sehingga kini dia masih dalam keadaan terkejut kerana bukan saja kehilangan harta benda dan wang tunai tetapi hampir kehilangan nyawa ketika menyelamatkan diri dalam kebakaran.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!