About Me

Galak 3,000 pengusaha taska mohon bantuan Pemulih


Putrajaya: Kira-kira 3,000 pengusaha taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) digalak menggunakan tempoh sebulan ini untuk memohon bantuan khas di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, sejak pendaftaran bagi pakej itu dibuka 15 Julai lalu, JKM sudah menerima 1,101 permohonan, berbanding sasaran 4,000 pengusaha yang membabitkan peruntukan RM13.2 juta.

"Kita kena uar-uar kerana apabila pakej itu diumumkan, ia perlu dinikmati oleh rakyat yang memerlukan.

"Kementerian akan terus uar-uar termasuk melalui libat urus yang dilakukan dengan persatuan taska," katanya yang ditemui selepas menyampaikan Inisiatif Pemulih dan menyantuni taska yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sepang Selangor hari ini.

Rina berkata, setakat ini sebanyak 600 daripada 1,101 permohonan yang diterima sudah diluluskan, manakala selebihnya sedang diproses termasuk bagi memastikan mematuhi kriteria.

Menurutnya, permohonan terbuka kepada pengusaha taska pelbagai kategori iaitu taska komuniti, taska di tempat kerja dan taska institusi yang layak menerima bantuan RM3,000, manakala taska di rumah RM800.

"Ia untuk membantu kos pengoperasian mereka termasuk menjalankan aktiviti nyah cemar dan membeli barang keperluan yang khusus untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terkini.

"Bantuan ini juga rentetan daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) apabila bantuan RM5,000 diberikan kepada (tiga kategori) taska dan taska di rumah mendapat bantuan RM1,500," katanya.

Terdahulu, Rina menyerahkan bantuan kepada lima pengusaha taska iaitu Taska Nur Qasih Ixora; Taska Daun Biru dan Taska Cahaya Permata Dengkil yang masing-masing menerima RM3,000, manakala Taska Kakak Ila dan Taska Rose Tarmizi menerima RM800.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!