About Me

Gadis ditembak mati tolak kahwin dengan sepupu


DAMSYIK, Syria – Seorang remaja perempuan dilaporkan ditembak mati oleh 10 lelaki menggunakan senapang selepas menolak untuk dikahwinkan dengan sepupunya, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Kejadian melibatkan mangsa, Eida Al-Hamoudi Al-Saeedo, 18, dirakam dalam satu tindakan digelar pembunuhan bermaruah di sebuah perkampungan tinggal di pinggir Al-Hasakah, utara Syria.

Menurut laman Akhabaralaan.net, Eida dikatakan cuba melarikan diri dengan kekasihnya namun berjaya dijejaki oleh keluarganya.

Remaja itu kemudiannya diheret oleh tiga lelaki yang membawa senjata sambil dia menjerit meminta pertolongan dalam rakaman video tersebut.

Dia kemudian dibaringkan di atas tanah sebelum seorang lelaki menghalakan senapang di kepala dan menembaknya mati.

Mayat Eida kemudiannya diselimuti kain merah dan dibiarkan terbaring di situ.

Video itu menerima kecaman hebat oleh aktivis dan kumpulan wanita yang meminta para pelaku diadili dan pembunuhan wanita di atas nama maruah dihentikan.

Laman berita Syria Alarabiya melaporkan Eida didakwa dibawa ke kawasan perkampungan kosong oleh anggota suku Al-Sharabain.

Eida ditembak di atas nama ‘pembunuhan bermaruah’ kerana jatuh cinta dengan seorang pemuda dan enggan menikahi sepupunya, demikian menurut Observatorium Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

Lelaki itu dikatakan melamar Eida tetapi keluarganya melarang perkahwinan itu kerana dia berasal dari suku yang berbeza.

“SOHR dengan tegas mengecam kekejaman dan mendesak agar pelaku didakwa atas tuduhan membunuh dan menerbitkan video dengan nama ‘pembunuhan bermaruah’,” kata satu kenyataan.

Pusat Dokumentasi Pelanggaran di utara Syria mengesahkan mangsa sebagai Eida dan memaklumkan remaja itu diseksa selama beberapa hari sebelum dibunuh. 

– Agensi

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!