About Me

Fasa 2 PPN: Suami isteri PJJ dibenarkan rentas daerah, negeri

Kuala Lumpur: Pasangan jarak jauh (PJJ) dibenarkan untuk rentas daerah dan negeri yang berada dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bagaimanapun, ia masih perlu dapatkan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, rentas negeri dan daerah juga dibenarkan bagi individu mempunyai kes kecemasan dan vaksinasi juga dengan kelulusan PDRM.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, guru dan pelajar sekolah yang mengikuti kelas peperiksaan juga dibenarkan untuk berbuat demikian.

"Selain itu, untuk sektor perdagangan yang dibenarkan beroperasi adalah kedai buku dan alat tulis, kedai cuci kereta serta kedai gunting rambut.

"Pasar tani dan pasar pagi juga dibenarkan beroperasi serta jualan hanya terhad kepada enam komoditi utama sahaja," katanya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini.

Lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis hari ini diumumkan beralih ke Fasa 2 PPN berkuat kuasa 5 Julai ini.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!