About Me

Erma Fatima mohon maaf, akui 'koyak, rabak'


Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah Erma Fatima mengambil pendekatan menutup ruangan komen di Instagram bagi mengelakkan perbalahan dalam kalangan netizen.

Erma berkata, dia memohon maaf atas tindakannya itu kerana niat asal dia mewujudkan platform media sosial itu adalah untuk berkongsi sesuatu yang positif.

"Saya nak minta ampun dan maaf kepada semua kerana saya terpaksa tutup semua komen-komen yang ada dalam saya punya Instagram.

"Balik kepada niat saya untuk membuka Instagram ini adalah untuk berseronok, bergembira, berkongsi nilai positif," katanya.


Terdahulu, Instagram Erma menjadi ruang perbalahan dan dihujani komen maki hamun selepas dia menunjukkan sokongan kepada usahawan, Carl Samsudin yang baru-baru ini terpalit kontroversi yang bertindak biadap terhadap gelandangan warga emas.

"Jadi, apabila saya merasakan bahawasanya sejak kisah Carl ini terlalu banyak bermaki-makian ke atas platform saya dan saya tak rasa itu satu 'vibe' yang bagus. Itu satu toksik, saya rasa.

"Saya juga tak perlukan orang-orang yang bermaki-makian dan menggalakkan orang lain pula sambung maki. Jadi, itu satu benda yang saya tak berapa berminatlah.

"Lagi satu isu Carl ini saya tak perlu tular pun. Dah tua nak mati begini, rumah kata pergi, kubur kata mari. Dah tak ada masa saya nak fikir pasal tular," katanya.

Dalam masa sama, Erma menyifatkan setiap individu memiliki hak dan prinsip masing-masing untuk diperjuangkan.

"Jadi, anda ada prinsip anda sendiri, saya ada prinsip saya sendiri dan saya tidak menggunakan bahasa-bahasa yang tidak baik untuk bercakap dengan anda.

"Begitu juga Carl tidak menggunakan bahasa yang tidak baik. Jadi, peradaban dia mungkin sedikit kasar, tapi masing-masing ada prinsip masing-masing.

"Jadi, saya minta maaf kerana platform Instagram atau Facebook saya bukan tempat untuk bermaki-makian. Maka saya terpaksa tutup untuk seketika ini untuk meredakan emosi anda semua," katanya.

Dalam hantaran video dimuat naik di Instagtam, Erma juga mengakui kecewa dengan sikap netizen yang bercakap mengenai adab, tetapi tidak mengaplikasikan nasihat mereka ke atas diri sendiri.

"Ya betul. Saya akui saya koyak, rabak. Koyak rabak tengok anak bangsa saya yang kononnya bercerita tentang adab tapi peradaban dia dalam media sosial, nauzubillah.

"Untuk seketika ini, kita tutup dulu komen," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!