About Me

Empat kilang diarah tutup

KUALA LUMPUR: Empat kilang dan 20 premis perniagaan diarahkan tutup kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam pemeriksaan oleh pasukan Operasi Pematuhan, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata secara keseluruhan, pasukan itu melakukan pemeriksaan ke atas 5,785 kilang, 15,388 premis perniagaan, 569 tapak pembinaan dan 297 asrama penempatan pekerja.

"Daripada jumlah itu, empat kilang dan 20 premis diarahkan tutup kerana didapati melanggar arahan kerajaan dan SOP yang diwartakan.

"Sehingga semalam, sebanyak 151,773 premis peniagaan, kilang (25,970), tapak pembinaan (1,847) dan asrama penempatan pekerja (812) diperiksa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, 691 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dengan 651 daripadanya dikenakan kompaun, 38 direman, manakala dua lagi dijamin.

"Antara kesalahan direkodkan ialah rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran dan makan dalam premis (189), tiada penjarakan fizikal (133), tidak memakai pelitup muka (91) dan gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis (78).

"Kesalahan lain termasuk tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (63), membawa penumpang berlebihan (49), premis gagal patuhi arahan (21), aktiviti pusat hiburan (enam) dan lain-lain (61)," katanya.

Mengenai Op Benteng, beliau berkata, pihak berkuasa menahan 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba masuk dan keluar negara ini serta merampas tiga kenderaan darat.

"Pihak berkuasa turut mengesan 17 kapal serta bot asing di perairan negara dan kehadiran mereka dikesan menerusi empat aktiviti penglihatan," katanya.

- Berita Harian 


LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!