About Me

Durian kampung tak laku angkara PKPD


JELEBU – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur telah mengakibatkan jualan durian di daerah ini turut terkesan, malah harganya juga turut jatuh.

Seorang peraih durian di Ke­naboi, dekat sini, Khairil Anuar Zainal Azman, 49, berkata, selepas pengumuman PKPD, ramai pelanggan dan peraih mula membatalkan tempahan yang dibuat mereka sebelum ini.

“Saya telah terima tempahan seawal 23 Jun lalu apabila musim durian di Kampung Chennah ini dan sejak itu peraih sudah mula datang dan menempah durian dari dusun-dusun di sini.

“Bagaimanapun, selepas peng­u­muman PKPD berkenaan, ramai daripada mereka mula batalkan tempahan. Kini durian-durian itu kami terpaksa jual dengan harga rendah kepada penduduk sekitar dan peraih-peraih dari daerah lain supaya buah ini tidak rosak,” katanya.

Beliau ditemui di sebuah dusun durian di Kampung Dusun Umbut, Chennah dekat sini semalam.

Kata Khairil Anuar, jika sebelum ini dia mampu menjual durian kampung dengan harga paling rendah iaitu RM8 bagi setiap kilogram, namun kini terpaksa menjual pada harga serendah RM6.50 sekilogram.

“Saya sebelum ini ambil durian daripada beberapa pengusaha durian dengan harga RM6.50 sekilogram, memang tidak berbaloi tetapi saya mahu ambil modal yang telah dilabur.

Seorang lagi peraih, Muhammad Anis Md. Noh, 54, pula berkata, pada awal musim durian baru-baru ini dia boleh menjual sekitar 500 kilogram raja buah itu kepada peniaga di Kuala Lumpur dengan harga RM9 sehingga RM10 sekilogram.

“Saya di antara enam orang peraih di Chennah ini yang menjual terus kepada peniaga di Kuala Lumpur dan pada peringkat awal musim memang ia menguntungkan. Bagaimanapun, kini apabila PKPD diumumkan, saya menjual dengan harga serendah RM4 sekilogram bagi durian kampung.

“Walaupun harga agak rendah, namun ia terpaksa bagi me­nge­lakkan buah rosak dan terbiar begitu sahaja,” katanya lagi.

- Kosmo 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!