About Me

Dua selamat, lori terjunam ke dalam gaung


RANAU – Seorang pemandu lori serta kelindannya nyaris maut selepas lori dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung sedalam 70 meter di Kilometer 5, Jalan Kundasang-Ranau, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, kedua-dua mangsa berusia 47 dan 50 tahun dikatakan dalam perjalanan menghantar barangan dari Kota Kinabalu ke Semporna.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, sepasukan tujuh anggota dan seorang pegawai ke dikerah ke lokasi kejadian bersama dua jentera dan sebuah van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.16 petang.

“Sebaik tiba di lokasi kemalangan, kita dapati kedua-dua mangsa yang cedera masih berada dalam gaung dipercayai tercampak keluar dari lori tiga tan terbabit.

“Anggota bomba bertugas terpaksa menggunakan sistem tali dan peralatan mengusung bagi membawa naik semua mangsa ke jalan raya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Ranau menggunakan EMRS dan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi tamat pada pukul 6.35 petang selepas semua pemantauan memastikan tiada lagi mangsa lain yang terbabit di tempat kejadian. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!