About Me

Dua maut kereta rempuh 4x4


Bintulu: Dua maut, dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda di di Kilometer 114 Jalan Tubau-Bakun, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, mangsa yang maut adalah jurutera sebuah syarikat berusia 26 tahun yang juga pemandu kereta Suzuki Swift.

Turut maut penumpang kereta berkenaan, seorang warganegara Indonesia, Nurdi, 32, yang juga pekerja am syarikat berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 34 tahun pula hampir putus jari tengah, manakala penumpang lelaki berusia 48 tahun patah tangan kanan.


Sementara, dua lagi penumpang lelaki berusia 35 dan 55 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Ketika kejadian kereta Suzuki Swift yang datang dari arah Tubau hendak ke Sungai Asap, Belaga, hilang kawalan akibat jalan licin lalu masuk ke laluan bertentangan.

"Ini menyebabkan Mitsubishi Triton yang datang dari arah Kampung Batu 16 Belaga hendak ke Bintulu tidak sempat mengelak lalu bertembung," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kereta, dan kejadian cuaca hujan serta jalan raya basah dan licin.

"Mangsa yang maut dan cedera dihantar ke hospital Bintulu untuk tindakan lanjut dan rawatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!