About Me

Dua lelaki main badminton tidak dikompaun


SUBANG JAYA – Polis menafikan dakwaan mengeluarkan kompaun terhadap dua lelaki yang bermain badminton di hadapan rumah mereka di USJ 2 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, pihaknya menerima aduan pada pukul 7 malam.

“Pasukan Pemantauan dan Pematuhan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya pergi ke kawasan itu dan mendapati dua lelaki sedang bermain badminton di depan rumah mereka.

“Polis telah memberi penerangan bahawa sebarang aktiviti senaman tidak dibenarkan dalam tempoh ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abd Khalid berkata, mereka telah diberi nasihat agar tidak mengulangi aktiviti tersebut dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

“Polis juga tidak mengeluarkan sebarang bentuk kompaun kepada mereka,” jelasnya.

Terdahulu, tular tangkap layar dua lelaki didakwa dikompaun ketika bermain badminton di hadapan rumah mereka di Subang Jaya.

- K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!