About Me

Dua beradik disepak, dipijak pengasuh


JOHOR BAHRU – Dua kanak-kanak lelaki menjadi mangsa dera kepada pengasuhnya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Kempas, di sini, 10 Jun lalu.

Kedua-dua mangsa merupakan adik-beradik masing-masing berusia dua dan tiga tahun mengalami kecederaan lebam pada anggota badan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya menerima laporan polis pada pukul 5.31 petang semalam daripada keluarga mangsa.

Menurutnya, bertindak atas laporan itu, polis menahan pengasuh berusia 37 tahun dan suaminya berusia 57 tahun serta seorang remaja perempuan bawah umur yang juga merupakan anak saudara kepada pasangan itu.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua mangsa telah dihantar kepada pangasuh oleh ibu bapa mereka sejak 2018 ketika mangsa berusia setahun dan enam bulan.

“Pada 10 Jun lalu kira-kira pukul 3 petang, kedua-dua mangsa telah didera oleh pengasuhnya dengan cara memukul, menyepak dan memijak mangsa,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dan hasil pemeriksaan mendapati mereka mengalami kecederaan ‘soft tissue injury’ selain masih mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Beliau berkata, pengasuh dan suaminya ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 23 Julai depan.

Manakala remaja perempuan direman selama tiga hari sehingga Isnin depan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!