About Me

Dua beradik cedera ditikam bapa saudara


SUNGAI PETANI- Dua beradik cedera akibat ditikam bapa saudara mereka berusia 61 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Melati di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa, lelaki berusia 38 tahun dan wanita berusia 23 tahun masing-masing cedera pada perut dan tangan kiri.

Mereka dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk mendapatkan rawatan.

Suspek kemudian berjaya ditahan di sebuah rumah di Felda Sungai Tiang, Pendang dekat sini kira-kira tiga jam selepas laporan berhubung kejadian diterima.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, hasil siasatan awal mendapati seorang wanita berusia 63 tahun didatangi suspek yang merupakan adik lelakinya dan meminta wang untuk membeli dadah.

“Walau bagaimanapun berlaku pertengkaran mulut setelah wanita itu enggan memberikan wang sebelum dua anak wanita terbabit cuba meleraikan pergaduhan.

“Suspek seterusnya bertindak mengeluarkan pisau dari bahagian belakang badannya yang dipercayai telah dibawa dari rumahnya dan menikam dua anak wanita terbabit,” katanya di sini hari ini.

 – K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!