About Me

Dituduh bakar dua kereta milik keluarga


Kuala Pilah: Pekerja ladang kelapa sawit didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini, atas pertuduhan membakar dua kereta milik ahli keluarganya di Kampung Indah, Jempol, 12 Julai lalu.

Bagaimanapun tertuduh, M Devandran, 26, dari Bahau yang berdepan dua pertuduhan mengaku tidak salah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama, dia pada 6.45 pagi, 12 Julai bertempat di Kampung Indah melakukan khianat ke atas Proton Satria dengan membakar tilam yang berada di bonet kereta.

Bagi pertuduhan kedua, dia pada tarikh, masa dan tempat sama melakukan khianat dengan api ke atas Perodua Kancil dengan membakar menggunakan petrol.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Norma menetapkan 23 Ogos depan bagi sebutan semula kes dan menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh bagaimanapun gagal membayar wang jaminan dan dihantar ke Penjara Jelebu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Christhoper Enteri Mawan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!