About Me

Diragut semasa hendak menaiki kenderaan e-hailing


GOMBAK – Seorang wanita kerugian RM3,500 apabila rantai emas miliknya diragut seorang penunggang motosikal dalam kejadian di sebuah flat di Taman Selayang Makmur, Batu Caves, di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, dalam kejadian sekitar pukul 8.30 pagi itu, mangsa berusia 57 tahun bersama suaminya hendak menaiki kenderaan e-hailing untuk ke Hospital Selayang.

“Menurut laporan, ketika hendak menaiki kenderaan tiba-tiba mangsa didatangi seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha NVX dan membawa sebuah beg penghantar lalu meragut rantai emas milik mangsa dan terus melarikan diri.

“Nilai rantai emas dianggarkan lebih kurang RM 3,500,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Amirul di talian 03-61262222 atau 019-3491233 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 50 saat tular di media sosial yang menunjukkan mangsa diragut suspek menunggang motosikal di kawasan Taman Selayang Makmur. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!