About Me

'Dia anak harapan keluarga'


Kuala Nerus: "Dia anak yang baik dan sangat rajin belajar selain menjadi harapan keluarga.

"Walaupun terkejut dengan apa yang berlaku, kami reda, semua ini kehendak Allah SWT," kata Ramlah Mamat, 75, nenek kepada penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang, Muhammad Adham Hazim Mohd Rizaini, 19, yang meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala, malam tadi.

Ramlah berkata, pemergiannya cucunya secara mengejut itu mengingatkannya peristiwa sama berlaku kepada anaknya iaitu bapa saudara arwah yang meninggal dunia ketika berusia 17 tahun.

"Dia (anak) meninggal akibat pendarahan dalam kepala selepas mengadu sakit sama macam dilalui arwah," katanya ketika ditemui di rumah keluarga arwah Muhammad Adham Hazim di Kampung Kedai Tepoh, di sini, hari ini.

Bercerita lanjut, beberapa hari sebelum kejadian, arwah ada mengadu kepada ibunya, Rosfazilah Salleh, 50, yang dia sakit kepala dan meminta mengambil paracetamol kerana beranggapan ia pening biasa.

"Tak sangka pula sakitnya serius sehingga meninggal dunia," katanya.

Muhammad Adham Hazim menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, 10.50 malam tadi selepas 18 jam dimasukkan ke hospital berkenaan.

Arwah penuntut semester kedua jurusan Diploma Kejuruteraan Awam dan pernah mendapat anugerah dekan walaupun hanya belajar menerusi atas talian sejak mendaftar masuk di institusi berkenaan.

Jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Berangan, Tepoh, di sini, 11 pagi tadi.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!