About Me

Dengan kambing pun jadi


PETALING JAYA – Seorang lelaki warga emas sanggup menjadikan seekor kambing betina sebagai tempat melempias nafsu dalam satu kejadian di Hulu Selangor semalam.

Kejadian tersebut disedari seorang wanita tempatan berusia 45 tahun yang terdengar bunyi mengembek dari kandang kambing yang terletak di belakang rumahnya kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima satu laporan polis dari wanita terbabit pada pukul 6.24 petang di Balai Polis Serendah, Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor.

“Berdasarkan laporan, wanita berkenaan telah pergi melihat di kandangnya selepas mendengar kambingnya mengembek dan mendapati terdapat seorang lelaki yang dikenalinya berada dalam keadaan separuh bogel bagun dari sebelah kambing milik wanita tersebut.

“Menyedari kehadiran wanita terbabit, lelaki tersebut telah melarikan diri dan hasil pemeriksaan mendapati, kambing betina yang menjadi mangsa lelaki itu telah mati,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, siasatan ditempat kejadian telah dibuat bersama pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor dan Jabatan Veterinar Haiwan Kuala Kubu Bharu.

“Kambing yang telah mati berkenaan telah dihantar ke makmal jabatan veterinar untuk bedah siasat.

“Kita juga telah menahan seorang lelaki berusia 60 tahun di kawasan semak Jalan Tengah, Kampung Sungai Buaya, Serendah pada pukul 10.50 pagi hari ini,” jelasnya.

Tambahnya, semakan mendapati, suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah.

Suspek akan direman esok di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana persetubuhan luar tabii terhadap haiwan dan Seksyen 289 Kanun yang sama kerana kecuaian berkenaan dengan haiwan. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!