About Me

COVID-19: Kluster tempat kerja tingkatkan jumlah kes


KUALA LUMPUR: Jangkitan COVID-19 membabitkan kluster komuniti dan tempat kerja, khususnya di kilang, mendominasi kluster baharu yang dikesan Kementerian Kesihatan (KKM), semalam.

Data KKM menunjukkan sebanyak 23 kluster baharu dikesan semalam, membabitkan lebih 600 kes positif, dengan 13 daripadanya adalah kluster tempat kerja, manakala baki 10 kluster lagi adalah penularan dalam komuniti.

Daripada 13 kluster tempat kerja yang dikesan, enam daripadanya adalah dalam kalangan pekerja kilang, yang membabitkan 120 kes atau lebih separuh daripada keseluruhan kes bagi kluster tempat kerja yang direkodkan.

Kluster komuniti turut merekodkan jumlah kes tinggi dengan 410 kes keseluruhan, yang berpunca daripada majlis pengebumian dan aktiviti ziarah-menziarahi, selain saringan bersasar, kontak rapat dan individu bergejala.


Semua 23 kluster jangkitan COVID-19 yang direkodkan semalam, dikesan di 10 negeri iaitu Kelantan, Johor, Kedah, Selangor, Melaka, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Terengganu, Pulau Pinang dan Perak.

Jumlah kluster tertinggi semalam dicatatkan di Johor dengan tujuh kluster, iaitu lima di tempat kerja dan dua lagi penularan dalam komuniti.

Berdasarkan data KKM, penularan dalam komuniti dilihat mencatatkan peningkatan sejak Isnin lalu dengan 23 kluster komuniti, yang membabitkan hampir 1,000 kes dikesan.

Penularan di tempat kerja pula merekodkan 31 kluster dengan 649 kes positif dalam tempoh berkenaan, dengan 276 kes daripadanya membabitkan pekerja kilang.

- Berita Harian 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!