About Me

CCTV pantau 1,500 pokok duri hitam


BALIK PULAU – Seorang pemilik dusun durian jenis black thorn atau duri hitam di daerah ini mengambil langkah memasang 11 unit televisyen litar tertutup (CCTV) bagi memantau pencuri yang cuba menceroboh ‘lubuk emas’ seluas 20.6 hektar tersebut.

Tan Chee Keat, 30, berkata, dia mengeluarkan belanja lebih RM5,000 untuk tujuan pemasangan CCTV tersebut yang di­letakkan di setiap laluan keluar dan masuk dusun berkenaan.

Menurutnya, kejadian kecurian di dusun yang mempunyai lebih 1,500 pokok durian duri hitam atau lebih dikenali sebagai ochee itu dilaporkan berkura­ngan pada tahun ini berbanding tahun lalu.

“Kejadian kecurian durian duri hitam kali terakhir dilaporkan pada penghujung bulan lalu membabitkan pelakunya seorang lelaki warga asing.

“Kelibat lelaki itu dikesan menerusi sistem penggera yang di­sambungkan terus ke telefon bimbit saya,” katanya kepada Kos­mo! di sini semalam.

Cerita Chee Keat, dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, suspek yang menunggang motosikal tidak sempat melarikan satu bakul berisi durian duri hitam seberat 50 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM3,500.

Ujar lelaki itu, selain CCTV, dia turut menggunakan empat ekor anjing jenis Rottweiler bagi menjaga kawasan dusun tersebut pada waktu malam.

“Haiwan ini dilepaskan dan dibiarkan berkeliaran di kawasan dusun pada sebelah malam dan dimasukkan semula ke dalam sangkar pada sebelah siang.

“Kita meletakkan haiwan ini bukan niat untuk mencederakan penceroboh, tetapi lebih kepada untuk menakutkan suspek selain memantau penyangak yang mahu menceroboh kawasan ini,” katanya.

Mengulas lanjut, lelaki itu memberitahu, sejak dusun tersebut dilengkapi CCTV, kejadian kecurian durian duri hitam dikatakan mula berkurangan.

“Pada musim lepas (tahun lalu), sebanyak 12 kes kecurian durian duri hitam dilaporkan berlaku di dusun ini menyebabkan saya kerugian hampir RM100,000.

“Mereka (suspek) yang terdiri daripada warga tempatan dan a­sing dikesan menceroboh dusun dengan menggunakan kereta dan motosikal antara pukul 1 pagi dan 3 pagi,” katanya.

Jelas Chee Keat, ada antara suspek tersebut yang sempat melarikan diri dan ada yang berjaya ditangkap pekerja dusun berkenaan.

Hasil soal siasat, ada dalam kalangan pencuri durian tersebut mendakwa raja buah premium terutama duri hitam dan musang king merupakan ‘lubuk emas’ buat mereka.

Ini kerana harga bagi sebakul duri hitam bersamaan dengan gaji pokok sebulan bagi seorang eksekutif.

- Kosmo 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!