About Me

Buruh nafi cabul wanita


Kota Bharu: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, terhadap pertuduhan mencabul seorang wanita berusia 53 tahun, 12 Julai lalu.

Tertuduh, Mazlan Abdul Rahman, 36, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah kepada seorang wanita berusia 53 tahun dengan niat mencabul kehormatan di dalam hutan di Kampung Pauh Jambu Badang di sini, pada 3.30 petang 12 Julai 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Sharil Ramli menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurul Samhana Aidenan yang mewakili tertuduh memohon supaya mahkamah membenarkan tertuduh dijamin dengan jumlah paling minimum.

"Tertuduh bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM40 sehari dan tinggal bersama keluarga serta menjaga ibu yang sakit tua," katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 24 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan untuk serahan dokumen.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!