About Me

Budak 4 tahun cemas kaki tersangkut mangkuk tandas


SEBERANG PERAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat berdepan detik mencemaskan apabila kaki kanannya tersangkut pada mangkuk tandas jenis cangkung di rumahnya di Kim Sir, Perai di sini tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.55 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi menyelamat itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai.

“Anggota yang lengkap dengan PPE (peralatan perlindungan diri) itu kemudian melakukan kerja-kerja menyelamat dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang tersepit akhirnya berjaya dikeluarkan hampir 20 minit kemudian dan bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Tambah jurucakap tersebut, operasi kemudian ditamatkan pada pukul 1.16 petang selepas selepas keadaan berjaya dikawal sepenuhnya. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!