About Me

Bomba selamatkan bayi terperangkap 10 minit dalam kenderaan


PORT DICKSON – Seorang bayi perempuan berusia setahun lapan bulan berjaya diselamatkan pasukan bomba selepas terkunci selama 10 minit dalam kenderaan milik bapanya dalam kejadian di Taman Negeri, di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd. Hairul Izam Mazelan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 7.58 pagi dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kami mendapati seorang bayi terperangkap di dalam sebuah kereta jenis Honda Jazz.

“Tindakan pantas pihak bomba dengan menggunakan peralatan khas untuk membuka kunci pintu bahagian dalam dan berjaya mengeluarkan bayi tersebut dengan selamat dan kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kerosakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pihak bomba mengambil masa selama lima minit untuk mengeluarkan mangsa.

“Bayi selamat namun dalam keadaan panik. Kami mengambil masa lima minit untuk mengeluarkannya.

“Kami dimaklumkan bayi tersebut terkunci di dalam kenderaan berkenaan ketika bapanya keluar membeli nasi lemak di kedai berhampiran,” katanya lagi. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!