About Me

Bomba angkat lelaki 180kg potong ‘gelang pink’


JASIN- Kakitangan Hospital Jasin di sini hari ini terpaksa mendapatkan bantuan sepasukan bomba untuk membantu mengangkat dan membawa seorang lelaki obesiti seberat 180 kilogram (kg) bagi memotong ‘gelang pink yang dipakainya.

Ketua Balai dan Penyelamat Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Faisal Fuad berkata, panggilan kecemasan itu diterima pada pukul 3.57 petang tadi.

Katanya, sepasukan tujuh anggota bersama-sama dua jentera termasuk lori angkut dikejarkan ke rumah lelaki berkenaan di Kampung Paya Lengkong, Merlimau dan tiba empat minit kemudian.

“Kita telah menerima panggilan dari hospital meminta bantuan untuk mengangkat dan membawa seorang lelaki berusia anggaran 35 tahun yang mengalami masalah berat badan kira-kira 180kg ke sana.

“Dimaklumkan pihak hospital ingin memotong gelang merah jambu yang dipakainya selepas telah tamat tempoh kuarantin di rumah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, operasi itu mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum lelaki tersebut berjaya dibawa naik ke atas lori angkut bomba. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!