About Me

Bertahan selagi mampu demi pendidikan anak yatim, asnaf


Port Dickson: Pandemik Covid-19 yang melanda negara turut menyebabkan Pusat Pengajian Al-Quran Al-Hafidz, Lukut di sini, terkesan sejak tiga bulan lalu.

Pengerusinya, Mohd Hafidz Eshak berkata, turut dikenali sebagai Kuliah Darul Quran Malaysia, pihaknya berdepan cabaran untuk pembiayaan sewaan bangunan, bil utiliti dan makan minum 40 pelajar yang lebih 80 peratus terdiri daripada golongan asnaf dan saudara baru itu.

Katanya, pihaknya tidak mengenakan yuran asrama dan pengajian Al-Quran serta akademik kepada pelajar sebaliknya segala perbelanjaan adalah hasil daripada sumbangan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

"Perbelanjaan utiliti, elektrik dan air hampir RM1,500 sebulan tetapi dalam keadaan sekarang sudah tertunggak hingga tiga bulan.

"Elaun dan gaji tenaga pengajar seramai 11 orang juga adalah atas usaha pihak madrasah sendiri termasuk sewa sebanyak RM3,300 sebulan," katanya.

Katanya, beliau dan tenaga pengajar cuba bertahan walaupun sekarang hanya bergantung kepada dana awam untuk satu tempoh yang tidak pasti

Mohd Hafidz berkata, pihaknya juga berharap dapat terus beroperasi sepenuhnya jika mendapat sumbangan orang ramai bagi meneruskan usaha pengajian di madrasah itu.

Orang ramai yang berminat menyumbang boleh terus menghubungi beliau di talian 016-9773573.

Terdahulu Mohd Hafidz ditemui ketika menerima sumbangan barang makanan daripada Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed di Pondok Kuliah Darul Quran di Wisma Galilee di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Aidi Sham berkata, pihaknya cuba membantu meringankan beban madrasah berkenaan dengan menyumbang bakul makanan.

"Kami berharap madrasah ini dapat terus beroperasi sebagai pusat ilmu pengajian Al-Quran yang aktif di daerah Port Dickson," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!