About Me

Berkongsi kumpul wang bantu golongan yang terjejas


Alor Setar: Sekumpulan anak muda mengambil inisiatif dengan berkongsi mengumpul wang untuk menyalurkan sumbangan barangan keperluan asas kepada orang ramai yang terkesan akibat Covid-19 di negeri ini.

Kesemua barangan berkenaan kemudian diagihkan di Food Bank Jalan Datuk Kumbar, di sini, yang sudah dimulakan sejak minggu lalu.

Wakil mereka, Syed Mohd Fazlan Syed Sobri, 37, berkata idea untuk menghulurkan sumbangan itu timbul dalam perbincangan menerusi kumpulan WhatsApp untuk meringankan beban orang ramai.

"Rasa untuk membantu timbul selepas melihat video sedih yang dikongsi orang ramai melalui laman sosial Facebook (FB) kerana kehidupan ramai terjejas kerana hilang akibat pandemik ini.

"Pada mulanya kami hanya memaklumkan pemberian sumbangan hanya untuk penduduk di sekitar Datuk Kumbar, di sini, tetapi ramai yang terkesan tampil untuk mendapatkan sumbangan.

"Ada yang menangis memikirkan masalah dihadapi, malah ada warga emas yang uzur sanggup datang dari luar kawasan kerana hidup mereka terbeban," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Syed Mohd Fazlan berkata, bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), mereka mengambil langkah dengan memberi kad bernombor ketika penerima sumbangan datang untuk mendaftar.

Katanya, ia juga sebagai langkah untuk mengelak ada yang datang dua kali, malah setiap pendaftaran direkodkan.

"Setakat ini kami sudah memberi sumbangan untuk 1,100 keluarga sepanjang fasa pertama minggu lalu.

"Kami juga terharu apabila banyak pihak turut menyalurkan sumbangan di food bank ini dengan niat untuk membantu orang ramai yang terkesan akibat Covid-19," katanya.

Menurutnya, pihaknya menjangka akan memberi bantuan kepada 1,500 keluarga lagi pada fasa kedua minggu ini.

Katanya, orang ramai yang ingin memberi sumbangan dialu-alukan berbuat demikian dengan menghubunginya di talian 019-5599793 atau Syed Alif Iskandar di talian 016-4752772.

- HMetro 


LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!