About Me

Benjy meninggal dunia akibat asma


Kuala Lumpur: Anak kepada aktres terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty iaitu Benjy Ibrahim meninggal dunia di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada hari ini akibat penyakit asma.

Berita pemergian pelakon ini disahkan oleh bapanya, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashid kepada portal Astro AWANI.

"Ben (Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia kerana sakit asma, hari ini," katanya menerusi WhatsApp.

Terdahulu, Persatuan Seniman (Seniman) pernah menganjurkan Larian Amal SENIMAN Run 2.0 serta melancarkan Tabung Prihatin Seniman pada Disember 2018 bagi membantu menampung kos perubatan Benjy.

Presidennya, Zed Zaidi berkata, mereka mahu menolong Benjy kerana keadaan ksihatannya berada pada tahap membimbangkan apabila kerap diserang asma dan nyaris mendapat batuk kering.

Pada 2017 lalu, Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu.

Difahamkan juga, segala urusan pengebumian jenazah Benjy akan dilakukan di Medan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!