About Me

Bayi kepala tiga dianggap jelmaan Tuhan


UTTAR PRADESH, INDIA – Penduduk di negeri Uttar Pradesh, India gempar apabila seorang bayi dilahirkan dengan tiga kepala yang dianggap sebagai jelmaan Tuhan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Bayi yang dilahirkan pada 12 Julai lalu itu menjadi perhatian ramai sehingga ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memohon restu daripadanya.

Berdasarkan beberapa keping gambar dan video yang tular, bayi tersebut kelihatan sedang terbaring di atas selimut dengan keadaan kepalanya yang bertindih antara satu sama lain.

Dua kepala tambahan bertindih pada bahagian belakang kepala utama serta ketiga-tiganya mempunyai rambut.

Bayi itu bagaimanapun dilaporkan tidak kelihatan seperti sedang berada dalam kesakitan.

Ibu bayi tersebut yang hanya dikenali sebagai Ragini sebelum ini difahamkan mengalami kehamilan yang normal dan sihat sebelum melahirkan anaknya dengan keadaan luar biasa.

Dalam pada itu, Ragini dikatakan tidak menyenangi tindakan orang ramai yang berpusu-pusu datang ke rumahnya untuk melawat bayinya.

 – AGENSI 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!