About Me

Bas kilang bawa penumpang lebih had dikompaun RM25,000


Shah Alam: Dua syarikat bas kilang dikompaun oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor menerusi Op Patuh kerana gagal memastikan kapasiti penumpang 50 peratus seperti yang ditetapkan.

Pengarah JPJ Selangor Nazli Md Taib berkata, dua kompaun itu dikeluarkan dalam operasi bermula 13 Julai lalu hingga hari ini dengan memberi fokus kepada bas kilang.

"Sepanjang tempoh itu, sebanyak 1,035 kenderaan diperiksa dan kita mengeluarkan dua kompaun mengikut Seksyen 11(5) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988.

"Kesalahan pertama dikesan adalah syarikat bas kilang membawa lebih 50 peratus penumpang daripada 44 tempat duduk yang disediakan.


"Bas berkenaan sepatutnya hanya boleh bawa 22 penumpang sahaja tetapi didapati membawa lebih 30 penumpang, jadi kita keluarkan kompaun sebanyak RM25,000.

"Kes kedua yang dikesan adalah pada pagi ini membabitkan kesalahan sama mengikut Seksyen 11(5) Akta 342, juga membawa penumpang melebihi had dibenarkan, bas itu bawa 28 penumpang daripada 14 penumpang yang dibenarkan.

"Bagaimanapun, memandangkan syarikat itu adalah syarikat jenis enterprise, kita hanya keluarkan saman atas kategori individu iaitu sebanyak RM5,000," katanya ketika sidang media selepas mengetuai Op Patuh di Persiaran Budiman, Seksyen 25 di sini, hari ini.

Nazli berkata, kompaun yang dikeluarkan oleh pihaknya akan diserahkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berhampiran untuk urusan dan tindakan selanjutnya.

"Sepatutnya syarikat atau pemandu bas kilang berkenaan kena faham bahawa kerajaan sudah keluarkan prosedur operasi standard (SOP), mereka kenalah akur.

"Dalam masa yang sama, sepanjang kami buat operasi didapati (pemandu bas) ambil tidak endah...contohnya pekerja kilang naik bas tidak mengimbas kod QR MySejahtera, tidak menyediakan pemeriksa suhu, tiada bateri dan sebagainya.

"Kalau kesalahan ini, kita masih bagi advokasi lagi dan minta mereka maklum ke syarikat masing-masing tetapi dalam operasi akan datang jika tidak patuhi SOP itu lagi, kita akan keluarkan kompaun," katanya.

Mengulas mengenai Op Patuh katanya, pihaknya melaksanakan Op Patuh sejak 5 Julai lalu sebaik diberikan kuasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengeluarkan kompaun berkaitan kesalahan tidak mematuhi SOP.

"Hari ini, JPJ Selangor melaksanakan Op Patuh di Petaling dan Klang, di mana sebanyak 188 kenderaan diperiksa membabitkan 21 bas, 44 lori, 108 kereta dan 15 motosikal.

"Jumlah kenderaan diambil tindakan adalah 57 kenderaan membabitkan 74 kesalahan iaitu tiada lesen memandu (13), tiada perlindungan insurans (23), cermin gelap (10), kesalahan teknikal sebanyak 12 kes dan salah guna cukai jalan sebanyak 16 kes.

"Kesalahan salah guna cukai jalan yang dikesan membabitkan van persendirian digunakan untuk mengangkut pekerja kilang...jadi kita buat advokasi dan dalam masa sama kita turut mengeluarkan saman terhadap mereka," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!