About Me

Bangunan JKR Elektrik terbakar


IPOH – Sebuah bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Elektrik di Lorong Lahat, Kampung Temiang, Pasir Puteh di sini terbakar pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pada pukul 8.04 pagi.

Menurut jurucakap tersebut, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan bahagian bangunan JKR Elektrik yang terbakar kira-kira 20 peratus.

“Operasi pemadaman yang diketuai PBK II Sharizal Abu Hanifah sedang dijalankan,” kata jurucakap tersebut.

Bantuan turut diterima daripada anggota BBP Ipoh serta pasukan sukarelawan bomba Pekan Baru dan Menglembu. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!