About Me

Bagi surat tunjuk sebab – Pengarah HTAR


KLANG – Tindakan tatertib boleh dikenakan terhadap mana-mana doktor kontrak yang menyertai gerakan Hartal Doktor Kontrak di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.

Pengarah HTAR, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi berkata, pihaknya akan meminta mereka yang menyertai gerakan itu memberikan surat tunjuk sebab atas pelakuan tersebut.

Katanya, sebagai doktor mereka terikat kepada etika profesional iaitu Sumpah hipokratik.

“Doktor ini kena mengorbankan dirinya demi kepentingan pesakit dan bukan mengorbankan pesakit demi diri mereka.

“Jadi doktor ini menolong orang dalam kesusahan tanpa mengambil kira kepentingan diri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau berkata, doktor kontrak itu tidak sepatutnya terpengaruh dengan sebarang hasutan menyertai hartal itu berikutan kerajaan sendiri juga telah melanjutkan tempoh kontrak sebelum ini.

“Kita bekerja bukan untuk glamor. Kerja doktor ini mulia dan jangan campak profesion kedoktoran sehingga dipandang hina oleh masyarakat.

“Ilmu pengetahuan kedoktoran banyak diperolehi semasa bekerja di sektor awam yang menerima pelbagai kes dan boleh digunakan untuk kemudian hari,” katanya.

Terdahulu, lebih 20 pegawai perubatan di HTAR menyertai gerakan Hartal Doktor Kontrak yang berlangsung secara aman selama 15 minit.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed menegaskan tiada tangkapan mahupun siasatan setakat ni kerana tiada terkesan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP). 

-K!ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!