About Me

Annuar Musa dikompaun RM2,000 langgar SOP ziarah bekas Perdana Menteri


Kuala Lumpur: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dikompaun selepas gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana menziarahi Tun Abdullah Ahmad Badawi Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

"Beliau (Annuar) dikompaun sebanyak RM2,000 kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17 Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Pelan Pemulihan Negara 2021," katanya.

Sementara itu, Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan mengesahkan menerima kompaun berkenaan.

"Berkaitan kunjungan Tan Sri Annuar Musa ke Bait Badawi (kediaman Tun Abdullah Ahamd Badawi) pada Sabtu lalu, beliau sudah menerima kompaun daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akan menjelaskan kompaun tersebut secepat mungkin," katanya.

Terdahulu, Annuar memuat naik hantaran di Twitter berhubung ziarah dilakukan ke rumah bekas Perdana Menteri itu Sabtu lalu.

Ciapannya itu mengundang kecaman netizen dan memohon tindakan diambil oleh pihak berkuasa selepas melanggar SOP PKP.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!