About Me

Ajal rakam video sendiri


Beijing: Gara-gara mahu merakam video sendiri, seorang pengendali kren menara maut apabila terjatuh dari ketinggian 48 meter.

Portal The Sun melaporkan, wanita itu, Xiaoqiumei, 23, yang juga selebriti media sosial mempunyai 100,000 pengikut ditemui masih memegang telefon bimbit ketika terjatuh.

Difahamkan, ketika rakaman video dibuat mangsa tersilap langkah sebelum terjatuh.

Mangsa meninggal dunia ketika mengendalikan operasi kren berhampiran rumahnya di wilayah Quzhou, Zhejiang.

Ibu anak dua itu kerap berkongsi video kehidupan dan pekerjaannya sebagai pengendali kren menara.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Selasa lalu ketika ramai pekerja sudah pulang.

Video yang dirakam wanita itu tular di media sosial, bagaimanapun keluarganya menafikan wanita itu terjatuh kerana mahu merakam video.

Keluarga mangsa memaklumkan dia seorang profesional di tempat kerja dan menyimpan telefon bimbitnya di dalam beg ketika bekerja.

Mangsa difahamkan terlajak satu langkah sebelum jatuh.

Saksi kejadian yang melihatnya jatuh ke bawah mengatakan tangan mangsa masih memegang telefon bimbit ketika tragedi itu berlaku pada jam 5.40 petang.

Dalam video tular itu, mangsa dilihat menari-nari sebelum terjatuh disusuli bunyi jeritan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!