About Me

Ajal gaduh kerana cemburu


Ranau: Mayat lelaki warga asing yang dipercayai dibunuh ditemui di kawasan semak berhampiran pasar malam pekan Ranau, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, mayat terbabit ditemui orang awam sebelum dilaporkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, siasatan awal mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala dan badan dipercayai kesan dipukul dengan objek tumpul.

"Mangsa dikenal pasti seorang warganegara Filipina berusia 30-an dan bekerja sebagai buruh kasar. Mangsa dipercayai dibunuh sekitar 11.30 pagi hingga 1 tengah hari, semalam.

"Siasatan turut mendapati, kejadian dipercayai berpunca daripada kejadian pergaduhan yang bermotifkan cemburu," katanya di sini, hari ini.

Simiun berkata, mengikut keterangan ahli keluarga mangsa, lelaki terbabit keluar bertemu dengan wanita dikenali suspek.

Katanya, suspek dikenal pasti sebagai warga asing dan dipercayai sudah melarikan diri selepas insiden pergaduhan berkenaan.

"Usaha memburu suspek sedang giat dijalankan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Sehubungan itu, Simiun berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis berhubung insiden ini.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!