About Me

8 kedai kosong hangus terbakar


MERSING – Sebanyak lapan buah kedai kosong di Jalan Bulang, Kampung Tanjong, Endau di sini musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran berlaku awal pagi hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Alias Hussin berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.55 pagi sebelum menghantar 14 anggota dari BBP Endau dan Mersing ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan lapan unit lot kedai di stesen bas yang telah kosong dan ditinggalkan.

“Kebakaran telah mengakibatkan binaan struktur separuh kekal itu musnah 80 peratus dari keseluruhan.

“Kebakaran turut melibatkan sebuah motosikal jenis dan nombor pendaftaran yang tidak dikenal pasti telah musnah 90 peratus,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi pemadaman melibatkan menggunakan satu aliran 200 kaki dua pancutan sumber air pili berhampiran sehingga api padam sepenuhnya.

Tambahnya, kebakaran juga tidak melibatkan kemalangan jiwa dan operasi ditamatkan pada pukul 5 pagi.

“Pihak bomba masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kebakaran dan anggaran kerugian,”katanya.

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!