About Me

5 sekawan 'lawan' Siti Nordiana


Kuala Lumpur: Lima individu yang dituntut membuat permohonan maaf terhadap penyanyi Siti Nordiana, mengakui sudah menerima notis terbabit hari ini yang dikemukakan menerusi peguam Abang Azlan dari Abang Azlan & Associates.

Bagaimanapun mereka iaitu Lan Solo, Syura, isteri Lan iaitu Sheila, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin menyerahkan perkara itu kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

"Terdapat beberapa perkara yang diperhalusi oleh kami berlima. Apa-apa tindakan atau respons yang bakal menyusul akan kami maklumkan berdasarkan nasihat daripada peguam kami," kata mereka ringkas.

Lima individu itu diberi tempoh masa 24 hingga 48 jam untuk mereka memberi maklum balas.


Sekiranya gagal berbuat demikian, mereka bakal disaman.

Terdahulu Siti Nordiana, 36, menerusi peguamnya Abang Azlan Abang Ariffin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, pada 23 Julai lalu berhubung isu namanya dibabitkan dalam Instagram Live lima individu, baru-baru ini.

Dia bertindak demikian bagi membersihkan namanya daripada dakwaan berunsur fitnah yang jelas boleh menjejaskan nama dan reputasinya.

Siti Nordiana juga terkilan apabila permasalahan yang sepatutnya boleh dibincang secara profesional itu dibawa ke mata khalayak.

Dia terpaksa mengambil tindakan itu untuk membersihkan namanya dan menyerahkan keputusan kepada pihak berkuasa.

Isu tercetus apabila nama Nana disebut dalam sesi siaran langsung di Instagram penyanyi Lan Solo, Syura, isteri Lan iaitu Sheila, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin pada 20 Julai lalu.

Pada sesi itu Shiela meluahkan rasa terkilan apabila suaminya, Lan dikatakan menumpang populariti Siti Nordiana.

Malah, ia menjadi medan untuk mereka meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini membabitkan konflik yang berlaku.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!