About Me

5 ditahan 'bersantai' di luar balkoni


Johor Bahru: Polis menahan lima wanita warga Indonesia susulan tular video dipercayai berada di luar balkoni dalam kejadian di Taman Sri Bayu Puteri, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, mereka yang berusia 20 hingga 26 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.10 tengah hari tadi.

Katanya, hasil semakan mendapati kejadian itu berlaku di tingkat enam sebuah pangsapuri kira-kira jam 10 pagi, semalam.

"Bertindak atas maklumat, sekumpulan anggota polis dari Balai Polis Taman Pelangi, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan membuat serbuan dan menahan kesemua dipercayai suspek yang tular dalam video itu.

"Pemeriksaan dijalankan mendapati semua suspek memiliki dokumen diri, selain tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak lebih tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi tujuh saat memaparkan beberapa wanita dipercayai warga asing melakukan perbuatan membahayakan nyawa dengan duduk bersantai di luar balkoni sebuah pangsapuri.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!