About Me

4 dikompaun berjudi di dapur rumah


LIPIS – Tindakan empat individu bermain judi di dapur sebuah rumah gagal mengaburi polis yang berjaya mengesan dan menahan mereka dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Mutiara Indah, Benta dekai sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, kesemua suspek yang berusia 40 hingga 59 tahun itu ditahan atas kesalahan di bawah Akta Judi Rumah Terbuka dan dikompaun masing-masing RM1,500 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Dalam serbuan kira-kira pukul 5.20 petang itu tiga lelaki dan seorang perempuan didapati sedang duduk mengelilingi sebuah meja kayu bulat dan sedang bermain judi menggunakan buah batu mahjong.

“Kesemua suspek kemudian ditahan dan semua barang kes yang terdiri daripada meja kayu, kerusi plastik, 184 buah mahjong, dua biji dadu, sejumlah chip dan 20 helai kertas minyak dirampas,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan siasatan masih giat dilakukan.

Katanya, kesemua individu turut dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bermain permainan judi jenis “Tai Kee” dan barang kes yang dirampas menunjukkan bagi maksud kegiatan perjudian tersebut,”ujarnya. 

-K! ONLINE.

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!