About Me

3 beranak huni bengkel diubah suai kerana kesempitan hidup


Slim River: Tiga beranak yang kesempitan hidup tidak kisah menghuni sebuah bengkel yang diubahsuai di Kampung Perhentian di sini.

Bengkel itu dihuni tukang rumah, Muniri Molin, 46, bersama anaknya, Anisa, 12, dan Anas Maliki, berusia lapan tahun.

Anisa dan Anas Maliki bersekolah di Sekolah Kebangsaan Aminudin Baki, Slim River yang terletak kira-kira empat kilometer (km) dari tempat tinggal mereka.

Dua beradik itu dibesarkan oleh bapa mereka yang juga warga Indonesia selepas ibu mereka, Nur Azizah Masduki, warganegara Malaysia, meninggal dunia ketika berumur 29 tahun pada Ogos tahun lalu.

Muniri berkata, pemilik bengkel berkenaan memberi kebenaran untuk mereka tinggal di situ.

"Saya di sini sejak 16 tahun lalu. Memang saya tidak mampu untuk menyewa rumah kerana hanya memperoleh gaji harian.

"Pendapatan diperoleh pula hanya cukup untuk menampung perbelanjaan harian serta persekolahan anak," katanya ditemui pada kunjungan pegawai pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim hari ini.

Turut hadir wakil Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Muallim.

Katanya, dia hanya bimbangkan masa depan anak-anaknya yang masih bersekolah dan memerlukan perhatian.

"Walaupun saya bekerja, namun selang dua jam saya akan pulang ke rumah kerana bimbangkan keadaan anak.

"Ketika arwah isteri ada, dialah yang menjaga dan mengurus anak-anak," katanya.

Sementara itu, pegawai pejabat Adun Slim, Mohd Nazri Hashim berkata, pihaknya akan membantu keluarga berkenaan.

"Kami dapati, keluarga ini bukannya tinggal dalam kontena seperti didakwa netizen di media sosial.

"Masalah keluarga ini akan diberi perhatian oleh Adun Slim Mohd Zaidi Aziz, sebelum dipanjangkan kepada JKM dan Baitulmal untuk tindakan susulan secepat mungkin," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!