About Me

2.5 juta tonton episod pertama Ayahanda


Kuala Lumpur: Episod pertama drama Ayahanda yang ditayangkan di TV3 pada Sabtu lalu mencecah 2.5 juta tontonan.

Drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd itu mencipta sejarah tersendiri, apatah lagi karya itu menampilkan pelakon utama dalam kalangan pelakon senior iaitu Jalil Hamid dan Fauziah Ahmad Daud.

Penerbitnya, Fadzil Teh berkata ia sesuatu yang cukup membanggakan kerana peminat drama Melayu boleh menerima dan menyambut baik karya adaptasi daripada novel berdasarkan kisah benar nukilan Allahyarham Azizi Haji Abdullah itu.

"Semua tahu penulis novel ini adalah penerima SEA Write Award 1988, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Malah ini juga karya berat yang mana perlu dilakonkan oleh pelakon senior yang berpengalaman. Jadi, apabila kami memilih Jalil Hamid yang melakonkan watak Haji Abdullah dan Ogy selaku Noriah, ia sangat tepat.

"Alhamdulillah, tayangan episod pertama mendapat sambutan dan maklum balas baik. Terima kasih pada semua yang menonton. Saya tahu, karya novel ini ramai pengikutnya dan memang menantikan ia diadaptasi ke drama TV. Saya berharap penonton akan terus menyokong drama ini sehingga ke episod akhir nanti," katanya.

Karya yang mengangkat tema kekeluargaan dan kasih sayang ini memaparkan kehidupan Haji Abdullah (Jalil) yang kesunyian dan terabai selepas kematian isteri tersayang, Noriah.

Selain itu, kebanyakan penduduk kampung juga berasakan Haji Abdullah tidak lagi relevan kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang dianggap lapuk.

Selain Jalil dan Fauziah, drama 13 episod itu turut menampilkan pelakon hebat lain antaranya Fikry Ibrahim, Noorkhiriah, Shahz Jasle, Hairi Safwan, Rita Nadira, Sherry Ibrahim dan Mimi Ernida.

Drama arahan Datuk Ahmad Tamimi Siregar itu mulai ditayangkan sejak 10 Julai lalu, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary TV3. 

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!