About Me

22 kompaun Op Patuh dikeluarkan di Seberang Perai Utara


BUTTERWORTH: Sebanyak 22 kompaun atas pelbagai kesalahan dikeluarkan polis serta agensi ke atas kilang, syarikat, permis perniagaan dan individu perseorangan menerusi Op Patuh yang diadakan di sekitar daerah Seberang Perai Utara, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata daripada jumlah itu polis mengeluarkan 12 kompaun manakala Kementerian Kesihatan (KKM) (empat), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (lima) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) pula satu kompaun membabitkan jumlah keseluruhan RM85,000.

Beliau berkata, operasi bersepadu khas yang diadakan itu susulan daripada arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam usaha memerangi majikan dan individu yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) hingga menyebabkan penularan wabak Covid-19.

"Seramai 163 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi yang diadakan secara besar-besaran di daerah ini bermula jam 9.30 pagi semalam.

"Melalui pemeriksaan masih terdapat lagi kilang, syarikat, permis perniagaan dan individu perseorangan yang ingkar untuk mematuhi SOP.

"Tindakan kompaun diambil ke atas semua yang tidak patuh termasuk juga amaran serta notis," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, polis daerah itu akan terus menggembleng tenaga bersama semua agensi terbabit bagi memastikan semua masyarakat mematuhi arahan.

"Perkara ini bukan baharu bahkan sudah sebulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tetapi malangnya masih ada yang ingkar.

"Kes juga masih membimbangkan dan menyebabkan polis terpaksa bertindak tegas dalam membantu mengurangkan penularan wabak COVID-19," katanya.

- Berita Harian 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!