About Me

20 minit lapah seekor lembu


SEGAMAT – Tukang lapah da­ging ibarat pakar forensik apabila mereka ditugaskan melapah da­ging sembelihan korban.

Seorang pelapah daging, Zolkefli Ismail, 50, dia memanfaatkan peluang mempelajari kemahiran mengenal bahagian badan haiwan korban dengan baik.

“Saya pastikan tiada secebis pun daging haiwan sembelihan tertinggal di bahagian kulit supaya agihan bungkusan da­ging korban mendapat bahagian secukupnya.

“Saya belajar mengeluarkan usus dan kaki, memotong ­kulit, tulang rusuk, hati, perut dan limpa,” katanya ketika ditemui di Pasar Besar Segamat di Bandar Segamat di sini semalam.
Kebanyakan orang ramai meng­anggap tugas melapah boleh dilakukan sesiapa sahaja tetapi pembahagian daging korban yang sama rata menjadikan tanggungjawab ini bukan sembarangan orang boleh melakukannya.

Zolkefli telah berpengalaman selama 35 tahun mengikut ahli kariah setempat ke pelbagai program melapah haiwan ­sembelihan korban sejak berusia 15 tahun lagi.

“Antara pengalaman sukar dilupakan adalah apabila 30 kali luka terkena pisau di ibu jari ta­ngan kiri selain tertusuk serpihan tulang rusuk.

“Melapah kulit kerbau lebih mudah dibandingkan dengan lembu yang memiliki kandungan lemak yang banyak,” katanya.

Menurut Zolkefli, sebelum memulakan tugas melapah dia harus memastikan beberapa ­bilah pisau berlainan ukuran selain kapak sentiasa dalam berkea­daan tajam.

Dia juga masih menimba ilmu menjadi pelapah haiwan korban yang berkemahiran tinggi selain mampu menyembelih ternakan lain.

Tambah Zolkefli lagi, tiga individu mahir mampu menyiapkan kerja melapah seekor lembu atau kerbau dalam masa kira-kira 20 minit sahaja.

Dia turut mengakui sukar mencari pelapis kerja-kerja melapah kerana memakan masa untuk belajar dan jadi mahir selain menuntut kesabaran tinggi.

“Kami berbangga menjadi sebahagian ‘pakar forensik’ tidak bertauliah, namun ­mampu ­membantu memudahkan ­program ibadah korban setiap tahun ­supaya agihan daging ­dengan berjalan lancar, dan cepat,” kongsi Zolkefli lagi.

- Kosmo 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!