About Me

2 lelaki maut digilis bas


SUNGAI BULOH – Dua lelaki maut selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah bas di persimpangan lampu isyarat Paya Jaras dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu mengakibatkan penunggang, Mohamad Jeffry Mohd. Saundi, 36, dan pembonceng Mohd. Noor Azmanizam Mashusin, 39, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kejadian berlaku selepas penunggang motosikal yang berada di kiri jalan menukar lorong ke tengah jalan.

“Pemandu bas telah melanggar bahagian belakang motosikal dinaiki mereka mengakibatkan kedua-dua terjatuh dan digilis bas berkenaan.

“Kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan telah dibawa ke unit forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, siasatan masih dijalankan dan saksi bebas boleh menghubungi Pegawai Penyiasat di talian 019-2264650 untuk menyalurkan maklumat. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!