About Me

2 kenderaan rentas daerah tanpa permit ditahan


Sipitang: Dua kenderaan membabitkan sebuah van penumpang dan pacuan empat roda yang membawa durian ditahan selepas gagal menunjukkan permit rentas daerah di Kampung Naluyan di sini, semalam.

Dua kenderaan berkenaan dipercayai bergerak dari Kota Kinabalu ke Sipitang hanya bertujuan untuk membeli durian namun cuba berselindung di sebalik surat pengesahan sebuah agensi kerajaan.

Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, kedua-dua kenderaan berkenaan berjaya dikesan hasil kerjasama Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah.

Menurutnya, unit berkenaan mengesan sekumpulan individu berkumpul dan tidak memakai pelitup muka di gerai menjual buah-buahan di tepi jalan berhampiran pekan Sipitang.


"Ketika mereka bergerak cuba melalui melepasi sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Naluyan, pasukan polis bertugas terus menahan kedua-dua kenderaan.

"Pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati kedua-dua pemandu gagal menunjukkan permit polis rentas daerah yang sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Champin berkata, pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, kedua-dua pemandu terbabit dikenakan tindakan kompaun atas kesalahan merentas daerah tanpa permit polis dan menyalahguna surat pengesahan agensi kerajaan hanya untuk membeli durian di sini.

Sementara itu, Champin berkata, beberapa kampung di daerah ini diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan peningkatan jangkitan Covid-19 secara mendadak sejak 15 Julai lalu.

"Memandangkan kita berdepan kesukaran untuk membuat pemantauan secara keseluruhannya di kawasan kampung yang diklasifikasikan PKPD.

"IPD Sipitang mendapat bantuan daripada Unit Dron melakukan pemantauan dari udara sebarang aktiviti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) mengikut Akta 342," katanya.

Champin berkata, pihak Hospital Sipitang juga mengesahkan terdapat tiga kematian dilaporkan di daerah ini.

"Sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan pandemik Covid-19 ini, IPD Sipitang menasihatkan masyarakat di daerah ini terus mematuhi SOP ditetapkan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak keluar daripada rumah masing-masing dalam tempoh beberapa ini jika tiada urusan penting sehingga keadaan reda," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!