About Me

11,618 kes Covid-19 hari ini


Kuala Lumpur: Malaysia sekali lagi mencatatkan kes harian baharu Covid-19 melebihi 11,000 apabila merekodkan 11,618 kes hari ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 867,567.

Kes harian baharu tertinggi direkodkan sebelum ini adalah semalam iaitu 11,079 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitternya berkata, Selangor kekal mencatat kes baharu tertinggi dengan 5,051 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,749 kes dan Negeri Sembilan (1,537).

Melaka merekodkan 526 kes diikuti Kedah 504 kes, Pahang (400 kes), Johor (396 kes), Sarawak (289 kes), Sabah (286 kes), Kelantan (236 kes), Pulau Pinang (210 kes), Terengganu (189 kes), Perak (164 kes), Putrajaya (40 kes), Labuan (38 kes) dan Perlis tiga kes.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!