About Me

10 rumah atas air hangus


Kota Kinabalu: Sepuluh rumah atas air di Kampung Tanjung Aru Baru, di sini, musnah dalam kebakaran, kira-kira 7 pagi hari ini.

Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak ke kediaman lain dalam tempoh singkat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.08 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dan Penampang dikerah ke lokasi kejadian sebelum tiba lima minit kemudian.

"Sebaik tiba di lokasi, api didapati sedang marak sehingga memusnahkan 10 rumah berstruktur kayu atas air.

"Pasukan bomba yang turut dibantu penduduk kampung berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak dan menyelamatkan sebahagian lagi rumah berdekatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Affendy berkata, api dikawal pada 7.58 pagi dan operasi memadamkan saki baki api kebakaran masih berjalan.

Katanya, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih disiasat Unit Forensik Kebakaran.

Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (APM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Pada 25 Mei lalu, 25 rumah di atas air di lokasi berdekatan di Kampung Tanjung Aru turut musnah dalam kebakaran.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!