About Me

Watak Yah Kuchai tarik perhatian penonton


Kuala Lumpur: Hanya dalam tempoh 10 hari tayangan di Astro First, filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa terbitan Astro Shaw dan produksi Enjit-Enjit Semut meraih kutipan RM2 juta.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, filem francais Kampong Pisang itu terus mendapat sambutan positif.

"Penonton terhibur dengan jenaka serta lagu-lagu hit yang dinyanyikan sendiri oleh barisan pelakon di dalam filem ini.

"Selain itu, watak Yah Kuchai yang dilakonkan oleh Afea Deanna mula menarik perhatian penonton dengan bakat dan karakter bersahajanya yang menghiburkan. 

"Terdahulu watak Yah Kuchai tular menerusi babak 'mi kari kuah laksa' di dalam drama premium, Kampong Pisang Bersiri-Siri," katanya.

Menurut Raja Jastina, watak itu seterusnya dikembangkan dalam 18 Puasa Di Kampong Pisang serta filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa.

"Pelbagai subjek seperti babak, karakter dan lagu menjadi bualan penontondi media sosial, dan lebih mengujakan apabila ramai yang terhibur.

"Ini secara tidak langsung membuktikan filem ini berjaya membawa penonton lari sekejap daripada tekanan, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini. 

"Jutaan terima kasih kepada semua penonton yang sudah menonton di platform Astro First. Kami harap filem ini mampu menarik lebih ramai penonton dan peminat filem untuk menyaksikan salah satu filem terbaik tempatan untuk tahun 2021 dan terus kekal di rumah bersama insan tersayang," katanya.

Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa mengisahkan seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak sehari sebelum raya. 

Husin kembali ke kampung bersama kekasih baru Nelly sehingga Cik Chun cemburu dan merajuk kerana cintanya ditolak. 

Manakala Barkoba dikejutkan dengan kehadiran bekas kekasih yang pernah tinggalkannya dahulu kerana berkahwin dengan lelaki berpangkat pengurus kilang.

Barisan pelakon filem ini antaranya Datuk Awie, Kaka Azraf, Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Afea Deana, Joey Daud, Nazeeera Sardi, Avaa Vanja, Yoep Hitler, Siti Elizad Sharifuddin , Raja Azmi, Imuda dan ramai lagi.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!