About Me

Warga emas tetap 'Rela' berkhidmat


Slim River: Walaupun usia sudah bergelar warga emas namun semangat dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk berbakti kepada negara tidak pernah luntur sama sekali.

Ini dibuktikan oleh dua orang anggota Rela Daerah Muallim, Len Ah Pang, 73, dan Ahmad Husin, 68, ketika bertugas menjaga lalu lintas dan keselamatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) daerah di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi sejak Mei lalu.

Malah, semangat dan dedikasi dua orang anggota Rela dan juga sahabat ini ketika menjalankan tugas sentiasa menarik perhatian pengunjung di PPV berkenaan.

Pang berkata, sebelum ini beliau bekerja sebagai penebang kayu balak dan mula menyertai Rela pada 1980.

Katanya, walaupun hampir kira-kira 41 tahun menyertai Rela namun semangatnya dalam menjalankan apa jua tugasan yang diberi tidak pernah luntur.

"Minat yang mendalam dalam Rela dan ingin berbakti kepada negara membuat saya sentiasa bersemangat setiap hari untuk menjalankan tugas sebagai anggota Rela.

"Selagi khidmat saya diperlukan maka saya akan terus menjalankan apa jua tugasan yang diberi kerana Rela sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya," katanya.

Beliau yang sudah mempunyai 12 orang cucu berkata, dengan menyertai Rela juga beliau dapat bergaul dan mengenal serta berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Sementara itu, sahabatnya, Ahmad Husin pula berkata, pengalaman pernah dimarah danmahu disaman oleh orang awam tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk terus berbakti dalam Rela.

Katanya, sebagai anggota terlatih, beliau sentiasa bersikap terbuka dan bertolenrasi dalam menjalankan tugasan setiap hari.

"Saya menyertai Rela pada tahun 2013 dan pelbagai kenangan dan pengalaman manis serta pahit ditempuhi sepanjang menjadi anggota Rela.

"Saya berharap orang ramai memahami tugasan kami kerana kami hanya menjalankan tugas yang diamanahkan demi kebaikan masyarakat setempat," katanya.

Ahmad berkata, elaun yang diterima sebanyak RM64 sehari ketika bertugas di PPV sedikit sebanyak dapat menampung kehidupan beliau seharian yang sudah mempunyai tujuh orang cucu.

- HMetro 


LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!