About Me

Warga Emas Maut Dilanggar Trailer


BATU PAHAT, Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah trailer di Kilometer 9, Jalan Muar-Yong Peng, Parit Yaani di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian pada jam 1.40 petang itu melibatkan motosikal jenis SYM Bonus dipandu mangsa, Nasri@Ashari Emok, 73, dan sebuah trailer dipandu seorang lelaki berumur 28 tahun.

Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa dari arah Jalan Lintang Luar hendak melintas jalan ke simpang Parit Aton. 

Ketika melintas jalan, motosikal mangsa dilanggar sebuah trailer yang datang dari arah Yong Peng menghala ke arah Sri Medan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian, manakala pemandu trailer tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semasa kejadian, keadaan cuaca baik dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kredit fb - zamrud zam

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!