About Me

Wanita warga emas maut kebakaran, suami melecur


KUALA TERENGGANU – Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran yang memusnahkan rumahnya di Kampung Losong Haji Su di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.35 pagi itu, mangsa, Fatimah Mohd., 79, ditemui rentung manakala suaminya, Jusoh Muda, 82, pula cedera parah dengan melecur pada bahagian kaki dan badan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Md. Hilman Ab. Rashid berkata, pihaknya dengan kekuatan 35 anggota dan empat jentera telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat kebakaran tersebut pada pukul 10.39 pagi.

“Sewaktu tiba, rumah mangsa yang diperbuat daripada kayu telah musnah terbakar hampir 80 peratus.

“Suami mangsa, Jusoh yang melecur diselamatkan penduduk sewaktu mahu menyelamatkan diri di bahagian tangga rumah,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini semalam.

Md. Hilman berkata, mangsa, Fatimah yang mengalami kepayahan berjalan kerana uzur telah terperangkap di dalam rumah mereka yang sedang marak terbakar.

Beliau berkata, mayat Fatimah yang ibu kepada 11 orang anak ditemui tertiarap dalam keadaan rentung di bawah rumah pada 12.22 tengah hari.

“Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh setengah jam. Rumah itu hangus 100 peratus manakala dua rumah di sebelahnya pula 50 peratus,” katanya. 

– K! ONLINE


LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!