About Me

Wanita sedia hidangan ‘sosej jenglot’


JAKARTA – Seorang wanita menjadi perhatian netizen selepas memuat naik gambar sosej yang digorengnya yang didakwa kelihatan seperti jenglot, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Dalam satu hantaran di Facebook, Mia Nagh Sholehah berkongsi gambar sosej yang diukir olehnya menjadi bentuk manusia kerdil.

Sosej yang mempunyai kepala, wajah, tangan dan kaki itu kemudiannya digoreng sebelum rupanya bertukar menjadi aneh dan kelihatan menyeramkan.

“Selepas digoreng, sosej ini kelihatan seperti jenglot,” tulis wanita itu pada hantarannya.

Hantaran itu menjadi tular dan turut dimuat naik di laman media sosial dengan rata-rata netizen berasa lucu melihat rupa sosej tersebut.

“Saya rasa ia lebih kelihatan seperti jerangkung,” tulis seorang netizen.

Jenglot dikenali dalam kalangan masyarakat Indonesia yang sering dikaitkan dengan pelbagai perkara mistik.

Ia dikatakan berkulit gelap, bersaiz kecil, berwajah seperti tengkorak dan mempunyai taring, rambut serta kuku yang panjang. – AGENSI

- Kosmo 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!